fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan pertimbang wujudkan trek lumba motosikal lasak dalam hutan

Exco Pembangunan Belia dan Sukan, Mustapha Nagoor

SEREMBAN, 2 Oktober- Kerajaan Negeri Sembilan sedang mempertimbang untuk mewujudkan trek perlumbaan motosikal lasak dalam hutan sebagai nilai tambah dalam sektor sukan pelancongan di negeri itu.

Menurut Exco Pembangunan Belia dan Sukan, Mustapha Nagoor, usaha itu membolehkan ia menjadi tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

"Kerajaan Negeri akan tengok supaya bagaimana kita wujudkan prasarana lebih baik supaya dia boleh menarik lebih ramai lagi dan lebih banyak lagi acara diadakan di negeri kita", katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Mesyuarat Exco di Seremban.

Dalam pada itu, pihaknya juga berminat untuk meneroka beberapa sukan lasak lain termasuk sukan kuda lasak yang dilihat mampu meningkatkan ekonomi negeri. 

ROSLINA BINTI DIN