fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan latih lebih ramai pemandu komuniti

(Nicole Tan Lee Koon menghadiri Pameran Pelancongan MITM 2023 di Seremban)

SEREMBAN, 22 Oktober- Kerajaan Negeri Sembilan bakal melatih lebih ramai pemandu komuniti tempatan dalam kalangan penduduk setempat bagi memperkasa industri pelancongan di negeri itu.

Menurut Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, antara sasarannya adalah peniaga yang berada di kawasan tumpuan pelancong untuk membantu mempromosi pakej pelancongan menarik di Negeri Sembilan.

Jelasnya, peniaga berkenaan rata-ratanya akan didedahkan dengan lebih meluas pengetahuan mengenai elemen menarik di negeri itu supaya ia dapat disampaikan kepada pelancong.

"Kita nak perkasakan ilmu pengetahuan mereka tentang pakej yang sedia ada. Sekarang memang memang sudah ada cuma pengetahua mereka tidak begitu mendalam,"kata Nicole.

Tambahnya inisiatif itu antara yang disuarakan dalam perbincangan belanjawan Negeri 2024 yang akan dibentangkan pada Disember depan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Perasmian Pameran Pelancongan MITM 2023 di Seremban.

MITM Travel Fair yang berlangsung selama dua hari sejak semalam merupakan anjuran Persatuan Pelancongan Cina, Malaysia bertujuan memperkenal kawasan tumpuan pelancong dalam negara kepada pelancong dari negara China.

Festival berkenaan dianggarkan menerima kunjungan seramai 50,000 orang.


(Nicole Tan Lee Koon)

Media Baharu