fb fb fb fb fb

Negeri Sembilan kuat kuasa Akta Air 1920 bagi atasi isu pencemaran sungai

SEREMBAN, 7 Julai- Negeri Sembilan akan menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Air 1920 bagi mengatasi isu pencemaran sungai.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia termasuk mengenakan kompaun maksimum RM250,000 kepada individu yang merosakkan sumber air.

Jelasnya, peruntukan undang-undang tersebut dikeluarkan Badan Kawal Selia Air (BKSA) bagi memastikan orang ramai patuh kepada prosedur kawalan air dan penguatkuasaannya.

"Alam sekitar boleh ambil tindakan bawah enakmen dia, BKSA dibawah enakmen lain kalau kita mencemar air buat pencemaran air itu BKSA ambil tindakan segera kalau kita ada bukti dalam tempoh 14 hari kita boleh kompaun mereka, dan kita juga arahkan mereka tak semestinya kita kompaun kalau kesalahan pertama tak serius kita boleh minta mereka bersihkan," katanya dalam sidang media di Seremban.


(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun)

Ujar Aminuddin lagi, penguatkuasaan undang-undang membolehkan pengeluaran kompaun atau denda kepada mereka yang menyalahgunakan atau merosakkan sistem air di negeri itu.

Notis amaran sebanyak dua kali akan dikeluarkan terlebih dahulu sebelum dikenakan kompaun jika masih ingkar notis amaran tersebut.

Media Baharu