fb fb fb fb fb

Treler gula hilang kawalan punca kemalangan tujuh kenderaan - Polis

Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan di Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran Ipoh, Perak hari ini

IPOH, 3 Februari- Kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran sini pagi tadi berpunca daripada sebuah treler membawa muatan gula yang hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, treler dipandu seorang lelaki tempatan itu kemudian masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah treler membawa muatan gelung besi.

Akibat pelanggaran itu, kedua-dua pemandu treler berusia 33 dan 44 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang mangsa daripada sebuah kereta mengalami kecederaan ringan.

"Kedua-dua pemandu treler tersebut juga didapati tidak membawa kelindan," katanya dalam kenyataan.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, hasil semakan mendapati treler membawa muatan gula tersebut mempunyai dua rekod lampau saman trafik polis.

Kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pihak polis menyeri kepada orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut supaya berhubung dengan Deputi Superintenden Koo Boon Kuat, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 016-4173222 untuk membantu siasatan," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN
Dua maut dalam kemalangan babitkan tujuh kenderaan di Simpang Pulai

SITI AISHAH BINTI MD ISA