SIMPANG PULAI, 3 Februari- Dua maut dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan termasuk tiga buah lori di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berdekatan Kampung Tersusun Tekah, di sini tadi.
Sementara empat lagi kenderaan terlibat masing-masing dua kenderaan serba guna (MPV) dan kereta sedan.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad kedua-dua mangsa maut merupakan pemandu lori membawa muatan gula pasir dan barangan logam.
"Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan anggota JBPM sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Seorang lagi mangsa menaiki salah sebuah kereta sedan mengalami patah tangan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh,"katanya.
Sementara itu, PLUS kita dihubungi RTM memaklumkan kemalangan tersebut menyebabkan kedua-dua arah terhalang.
Setakat 9 pagi tadi, laluan menghala ke utara didapati sesak sepanjang 20 kilometer, manakala arah ke selatan sepanjang lima kilometer.