fb fb fb fb fb

Hormat parti lain, jangan keluarkan kenyataan sendiri - Fahmi

Foto BERNAMA

KUANTAN, 3 Februari- Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil memberi teguran keras kepada mana-mana pihak untuk tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan sendiri berkaitan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata demikian selepas mengulas tindakan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim yang meminta agar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur bagi memberi ruang pimpinan baharu.

Beliau berkata kenyataan itu merupakan pandangan individu sendiri tanpa melibatkan nama parti.

"Saya bagi teguran keras kepada Pak Hassan, orang yang saya hormat. Namun, kalau kita buat macam itu, ada pihak yang akan ambil kesempatan dan dia tidak akan membantu."

"Semestinya beliau ada prinsip yang beliau pegang tetapi cara beliau itu tidak membantu dan saya memberi teguran keras kepada beliau dalam bab ini," kata Fahmi kepada pemberita dalam sidang media Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular (Panggilan Suara) di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Bukit Goh, di sini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata ahli parlimen tersebut dinasihatkan untuk tidak menjaga perihal parti lain.

Tambah beliau, ahli parlimen itu perlu menghormati rakan parti yang sama berada dalam kerajaan Persekutuan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM