fb fb fb fb fb

TBC: Tumpu lapan lokasi panas di Melaka, elak kemalangan

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer

BUKIT BERUANG, 3 Februari - Sebanyak lapan lokasi panas atau 'hot spot' yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di seluruh Melaka akan diberi tumpuan sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) pada 10 dan 11 Februari ini.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata Op Tahun Baharu Cina itu akan dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) sepanjang bulan Februari ini.

Beliau menegaskan operasi yang dilakukan adalah bagi memastikan kelancaran pergerakan kenderaan di seluruh Melaka sepanjang musim perayaan ini.

"Jadi operasi akan bermula 1 hingga 29 Februari di seluruh Melaka dan kita mengenal pasti ada lapan kawasan panas yang kita tahu sebagai kawasan punca kemalangan, kawasan-kawasan panas kawasan kemalangan dan juga kawasan yang pengguna selalu kerap berlaku kemalangan," kata Hameed Mytheen kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan TBC 2024 Japerun Ayer Keroh, di sini.

Terdahulu pada majlis tersebut lebih 50 peserta membuat penukaran topi keledar lama kepada topi keledar baharu yang selamat dan mempunyai kelulusan daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

TETITIA YUSOFF