fb fb fb fb fb

N.Sembilan rancang laksana bengkel perkasa 9 identiti negeri

Tarian piring antara sembilan identiti Negeri Sembilan / FOTO BERNAMA

SEREMBAN, 3 Disember- Kerajaan Negeri Sembilan bercadang untuk memperkasa sembilan identiti negeri itu menerusi bengkel bagi memberi pendedahan dan pendidikan berkaitan kepada orang ramai.

Sembilan identiti itu merangkumi adat (Adat Perpatih), seni bina (Rumah Tradisonal Bumbung Panjang), makanan tradisional (gulai kuning), bunga (bunga lada), tarian (tarian piring lambung), muzik (caklempong), busana (kebaya setengah tiang, baju kurung ibu soko, baju pengantin, baju melayu lengkap cekak musang) dan permainan tradisional (dam harimau dan gasing Negeri Sembilan.

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, penganjuran bengkel tersebut dilihat dapat memperoleh pandangan dan pendapat berkaitan inovasi terhadap sembilan identiti Negeri Sembilan sekali gus memperkenal kepada orang ramai.

"Kami dalam usaha utk membina satu pasukan karyawan dan ini dalam proses salah satu projek kami supaya bila kita buat program latihan atau bengkel, kita dapat mencungkil bakat juga mungkin ada bakat terpendam.

"Mungkin ada usahawan berminat tapi tidak ada ilmu, jadi kita adakan program ini untuk menarik mereka dan beri wadah bagus kepada mereka untuk kembangkan bakat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pameran sempena sambutan Hari Batik Malaysia 2024 di Seremban. 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE