fb fb fb fb fb

41 PATI dihantar pulang ke negara asal- JIM Terengganu

FOTO JIM TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 3 Disember- Seramai 41 pendatang asing tanpa izin PATI daripada tiga negara dihantar pulang ke negara asal selepas selesai menjalani proses undang-undang, semalam.

Operasi pemindahan tahanan ke negara asal membabitkan PATI daripada Myanmar seramai 20 orang, Indonesia 10 dan dua daripada Pakistan.

Kesemua mereka berusia antara 23 tahun dan 42 tahun.

Pengarah Imigresen negeri, Mohd Yusri Mohd Nor ketika dihubungi berkata operasi pemindahan PATI dilaksanakan daripada depot tahanan Ajil, Kuala Berang, ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 KLIA dan KLIA 2.

Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Proses pemindahan PATI pulang ke negara asal dilakukan selepas mereka selesai menjalani proses perundangan negara serta dokumentasi di kedutaan negara masing masing.

Senarai PATI yang dihantar pulang ke negara asal disenarai hitam dalam sistem JIM mengikut kesalahan dilakukan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE