MySiren perlu ditambah baik – TPM

Foto BERNAMA

KUALA NERUS, 29 November- Kaedah penyampaian amaran menerusi Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren) perlu ditambah baik.

RINGKASAN BERITA AI
  • MySiren ialah inisiatif Kementerian Komunikasi untuk menyampaikan amaran kecemasan kepada orang ramai dengan lebih pantas.
  • Ahmad Zahid Hamidi akan membincangkan penambahbaikan sistem itu dengan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.
  • Perbincangan dijangka berlangsung selewat-lewatnya pada Jumaat, ketika mesyuarat Jemaah Menteri.
  • MySiren dibangunkan supaya orang ramai dapat bertindak segera ketika kecemasan bagi melindungi nyawa dan harta benda.

Tindakan itu perlu bagi memastikan masyarakat menerima isyarat kecemasan berkenaan dengan lebih jelas.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, MySiren adalah inisiatif Kementerian Komunikasi bagi memastikan amaran kecemasan dapat disampaikan kepada orang ramai dengan lebih pantas.

“Ini ujian pertama dan walaupun mungkin tidak semua dapat mendengar dengan jelas kaedah supaya semua orang dapat mendengar.

“Saya akan bincangkan dengan Menteri Komunikasi (Datuk Seri Fahmi Fadzil),ketika bertemu nanti, selewat-lewatnya hari Jumaat ketika mesyuarat Jemaah Menteri,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri merupakan antara notifikasi MySiren semasa ujian sistem itu dilaksanakan serentak di seluruh negara pukul 10.10, pagi tadi.

MySiren merupakan sistem yang dibangunkan untuk memberi amaran kepada orang ramai semasa kecemasan supaya dapat mengambil tindakan segera bagi melindungi nyawa dan harta benda.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.