fb fb fb fb fb

MySejahtera kini berfungsi sebagai alat pengurusan kesihatan awam negara - Khairy

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 4 Oktober - Aplikasi MySejahtera kini dijadikan alat pengurusan kesihatan awam negara selaras dengan pelan pendigitalan perkhidmatan kesihatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata aplikasi tersebut telah ditambah baik dengan pelbagai ciri baharu termasuk penyimpanan rekod kesihatan dan butiran imunisasi kanak- kanak.

(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin)

"Walaupun ada banyak teguran tentang isu-isu legasi yang berlaku sebelum kementerian kesihatan mengambil alih, isu pelantikan pada asalnya dan sebagainya, tetapi apa yang kementerian kesihatan telah usahakan apabila MySejahtera dipindahkan kepada KKM daripada MKN adalah untuk memastikan bahawa semua isu ini selesai.

"MySejahtera boleh digunakan sebagai platform kesihatan awam dan sejak beberapa bulan lepas pun saya rasa banyak ciri-ciri yang kita telah tambah seperti untuk membuat ikrar pendermaan organ serta derma darah, maklumat kesihatan dan sebagainya," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan bersama warga KKM, di sini.

Tambah Khairy, dengan penambahbaikan tersebut akan dapat merealisasikan misi KKM dalam menuju ke arah dunia pendigitalan selain memantapkan lagi sistem kesihatan sedia ada.

Media Baharu