fb fb fb fb fb

Kawal harga tiket, syarikat penerbangan setuju tambah kapasiti penerbangan

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Kementerian Pengangkutan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan syarikat penerbangan domestik bagi memastikan harga tiket penerbangan yang ditawarkan adalah kompetitif.

Jelas Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong, hasil perbincangan, syarikat penerbangan bersetuju untuk menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa bergantung kepada permintaan.

"Berdasarkan pemerhatian oleh MAVCOM pada 14 September 2022, harga tambang penerbangan sehala kelas ekonomi bagi tempoh penerbangan untuk musim perayaan Tahun Baru Cina 2023 iaitu dari 18 hingga 26 Januari 2023 adalah antara RM100 hingga RM1,235 manakala bagi 20 hingga 21 Januari 2023 tempoh puncak harga tambang sehala adalah antara RM210 hingga RM1,400," katanya.

Selain itu, Kementerian melalui MAVCOM akan meneruskan pemantauan terhadap harga tiket penerbangan bagi semua laluan penerbangan domestik termasuk laluan di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Datuk Henry menjawab pertanyaan wakil Dungun Wan Hassan Mohd Ramli.


(Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong)

Media Baharu