fb fb fb fb fb

261 mangsa sindiket pekerjaan diselamatkan setakat Ogos - Saifuddin

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Seramai 261 mangsa sindiket pekerjaan berjaya diselamatkan di empat negara melibatkan Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand setakat Ogos.

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata daripada jumlah itu, 171 telah dibawa pulang, manakala 90 lagi sedang menunggu proses penghantaran pulang.

Proses itu tertakluk kepada prosedur undang-undang di negara terlibat yang memerlukan siasatan, intipan, usaha menyelamat dan dokumentasi.

"Tindakan diambil Perwakilan Malaysia termasuklah memberi bantuan dan kerjasama pertemuan dengan pihak berkuasa.

"Kaunselor kita akan ziarah mereka untuk memastikan mereka berada dalam keadaan selamat dari segi kesihatan dan sebagainya,"katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak sebarang tawaran pekerjaan di luar negara dengan Perwakilan Malaysia bagi mengelak sebarang unsur penipuan.


(Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah)

Media Baharu