fb fb fb fb fb

Monsun Timur Laut: APM Melaka siap siaga perkemas latihan, aset

AYER KEROH, 4 Oktober- Seramai 313 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka sedia untuk digerakkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir ketika peralihan Monsun Timur Laut.

Menurut Pengarahnya, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim aset seperti lima trak untuk kegunaan menyelamat, tujuh kenderaan pacuan empat roda dan 19 bot dipersiapkan bagi menghadapi banjir.

Pegawai dan anggota juga menjalani latihan dan ulang kaji lebih kerap sebagai persediaan awal berdepan situasi kecemasan.

Antara latihan yang dijalankan termasuklah teknik menyelamat, pertolongan cemas semasa bencana dan teknik memadam kebakaran kecil.

"Selain itu kita juga melaksanakan latihan-latihan berkala seperti mengendalikan bot dan enjin dan juga di daerah ini memang pegawai dan anggota kita sentiasa memastikan peralatan menyelamat ini sentiasa diselenggara atau pun disemak dalam keadaan baik supaya boleh digunakan semasa bencana atau kecemasan," kata Kamarulsyah.


(Pengarah APM Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Kamarulsyah Muslim)

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pejabat APM, Ayer Keroh.

Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia) menyatakan peralihan Fasa Monsun Timur Laut bermula semalam hingga bulan depan.

Media Baharu