fb fb fb fb fb

8,000 unit rumah mampu milik tersedia, realisasikan Aspirasi Satu Keluarga, Satu Rumah

(FOTO FAIL/ BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 4 Oktober- Sebanyak 8,000 unit rumah mampu milik di ibu negara bernilai RM6 bilion disasarkan untuk pemilikan bumiputera, sekaligus merealisasikan Aspirasi Satu Keluarga, Satu Rumah.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib berkata usaha itu juga bagi memastikan bekalan rumah mampu milik sentiasa tersedia terutama untuk golongan bekerja sendiri, B40 dan M40.

Bagi memudahkan proses pemilikan rumah, pengecualian duti setem dan perjanjian pembelian rumah menerusi inisiatif skim i-Miliki diperkenalkan.

"Kita berikan pengecualian duti setem dan perjanjian pembelian rumah bagi rumah yang nilainya RM500,000 pengecualian sebanyak 100 peratus dan bagi nilai rumahnya RM500,000 sehingga RM1 juta kita berikan sebanyak 50 peratus," katanya.


(Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib)

Ismail berkata demikian selepas menjadi tetamu program bual bicara di Angkasapuri.

Tambah beliau, peluang tersebut ditawarkan kepada bakal pemilik rumah yang layak sehingga 31 Disember tahun hadapan.

"Kita minta supaya pembeli melihat apakah syarat, apakah kebolehan kewangan yang ditawarkan kepada para pemaju
bagi mengelakkan mereka tidak tertipu dan menyebabkan rumah yang mereka beli terbengkalai," ujarnya.

Media Baharu