fb fb fb fb fb

Mydin wujudkan Bazar Ramadan Menu Rahmah

SUNGAI PETANI, 28 Mac- Bazar Ramadan Menu Rahmah yang diwujudkan di Pasar Raya Mydin di sekitar wilayah utara tanah air mendapat sambutan cukup menggalakkan.
 
Pengarah Eksekutif Mydin Wilayah Utara, Azmin Dato’ Saduruddin berkata, orang ramai yang mengunjungi pasar raya itu tidak ketinggalan membeli Menu Rahmah untuk juadah berbuka puasa.
 
"Alhamdulillah cukup menggalakkan tetapi yang kita nak tengok adalah menu itu, setiap hari ada menu berlainan.

"Kadangkala menu ayam tu memang permintaan tinggi, ikan itu mungkin kurang. Ikutlah pilihan peminat daripada pelanggan kita," katanya.
 
Mydin menyahut seruan kerajaan dengan menawarkan Menu Rahmah di seluruh cawangannya.
 
Azmin berkata, pihaknya juga menawarkan harga istimewa bagi membolehkan orang ramai dapat membeli kelengkapan Hari Raya Aidilfitri pada harga berpatutan.
 
Inisiatif yang dilakukan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos sara hidup rakyat.
 
Azmin berkata kepada RTM selepas Majlis Iftar Perdana 2023 dan Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim dan asnaf sekitar Daerah Kuala Muda di Mydin Taman Batik, di sini.

(Foto fail)

Ramadan kali ini, syarikat itu akan menghulurkan sumbangan kepada kira-kira 500 anak-anak yatim dan asnaf di Kedah, Pulau Pinang, dan Perak.
 
Tidak dilupa, pemberian duit raya kepada semua kakitanga sebelum sambutan Aidilfitri nanti bagi membantu meringankan beban kakitangan untuk membeli barangan keperluan.

Pihak pengurusan juga telah memutuskan untuk menaikkan gaji bagi membantu para pekerja dalam menangani kenaikan kos sara hidup dan inflasi ketika ini.

Media Baharu