fb fb fb fb fb

Musim mencandat sotong kembali, tarik minat warga asing

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu Datuk Razali Idris (kanan) menyempurnakan gimik perasmian pada Karnival Musim Candat Sotong Terengganu 2025 di Jeti Marang hari ini. - Foto Bernama

MARANG, 11 Mei- Musim mencandat sotong yang merupakan ikon pelancongan negeri Terengganu serta diiktiraf dalam kalendar pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2026, kini kembali.

Aktiviti itu semakin dikenali malah berjaya menarik minat golongan wanita dan warga asing untuk mencuba.
 
Pempengaruh media sosial dari Thailand, Ploy menyifatkan aktiviti mencandat sotong sebagai satu pengalaman yang unik.

"Ini kali kedua saya datang ke Terengganu namun pengalaman mencandat sotong di negeri ini adalah yang pertama.

"Di Thailand pernah lakukan perkara sama, cuma ingin tahu hasilnya mungkin sama atau berbeza," katanya.

Ploy ditemui ketika Majlis Pelancaran Musim Candat Sotong di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) di sini.

Program itu melibatkan peserta daripada pelbagai agensi dan jabatan, para pempengaruh media sosial, media elektronik dan media perdana luar negara.

Sementara itu, Exco Pelancongan Negeri Datuk Razali Idris ketika menyempurnakan majlis itu berkata, simbol warisan budaya masyarakat laut Terengganu itu mampu menjana pulangan ekonomi melebihi RM7.5 juta kepada pengusaha bot, hotel, pengusaha inap desa dan peniaga tempatan.
 
Beliau menjangkakan 30,000 pelancong membanjiri perairan Terengganu sepanjang tempoh aktiviti mencandat sotong berlangsung bermula April hingga Ogos ini.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello