fb fb fb fb fb

Mudah.my jalin kerjasama dengan PDRM, bendung kes penipuan dalam talian

KUALA LUMPUR, 26 September- Platform jual beli dalam talian Mudah.my kerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) bagi menangani kes penipuan dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif Mudah.my, Gaurav Bhasin berkata platform jualan tersebut turut memperkenalkan sistem baharu bagi mencegah jenayah jual beli dalam talian.

Terdapat lima langkah inisiatif mencegah jenayah jual beli yang telah dibuat oleh Mudah.my.

"Sistem 'advance queueing' yang telah dilancarkan menggabungkan pembelajaran mesin yang disokong secara manual dalam usaha untuk menghalang iklan yang mungkin menyebabkan penipuan meningkat di platform dalam talian. Dengan melihat pengenalan dan kaedah lain untuk menghalang pengguna kembali semula.

Kedua, penggunaan teknologi pada sistem carta untuk mencipta graf pengetahuan potensi penipuan. Ketiga ialah program mVIP. Keempat, kita ada pasukan keselamatan seperti saya maklumkan tadi dan yang terakhir adalah kolaborasi dengan PDRM," kata Gaurav kepada pemberita selepas Majlis Perasmian #MudahDanSelamat.


(Ketua Pegawai Eksekutif Mudah.my, Gaurav Bhasin)

Tambahnya, platform tersebut dapat memastikan pengiklanan jualan lebih dipercayai.

 

 

Media Baharu