fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

Caj rawatan masih kekal RM1, KKM nafi kenaikan

2609 KKM NAFI

KUALA LUMPUR, 26 September - Kementerian Kesihatan (KKM) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kenaikan caj perkhidmatan di Klinik Kesihatan milik kerajaan.

Menerusi hantaran di laman Facebook, KKM memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu itu yang sedang tular di media sosial.

“Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat

“KKM tidak pernah mengeluarkan sebarang maklumat rasmi berkaitan kenaikan caj perkhidmatan,” katanya.

Susulan itu, orang ramai dinasihatkan agar menghentikan sebarang perkongsian maklumat palsu dan tidak menghebahkan maklumat yang tidak sah.

"Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum berkongsi dengan mana-mana individu," katanya.2609 KKM

Sejak beberapa hari lalu, tular sebuah video dari aplikasi TikTok yang memaparkan mesej palsu kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menaikkan caj perkhidmatan klinik kesihatan kepada RM10 sehingga RM15.

Sehingga ke hari ini, kerajaan masih mengekalkan caj rawatan RM1 kepada pesakit luar bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.