fb fb fb fb fb

PM dan delegasi Malaysia selamat tiba di tanah air

SEPANG, 26 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di tanah air selepas lawatan empat hari ke New York untuk mengetuai delegasi Malaysia pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-78.

Pesawat membawa Perdana Menteri yang diiringi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 5.00 petang tadi.

Ketibaan Perdana Menteri dan isteri disambut oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Lawatan Datuk Seri Anwar ke Amerika Syarikat membuahkan hasil melalui pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi AS untuk menarik lebih banyak pelaburan dan perdagangan ke Malaysia.

Perdana menteri turut mengadakan mesyuarat dengan 15 syarikat terkemuka AS yang tersenarai dalam Fortune 500, termasuk Airbnb, Amazon, Perkhidmatan Web Amazon, Boeing dan Kimberly-Clark di Kelab Harvard.

Pada majlis Invest Malaysia New York yang dihadiri pelabur pasaran modal ekuiti dan bon dengan aset di bawah pengurusan mencecah AS$40 trilion.

Lawatan itu juga memberi peluang kepada Anwar untuk berkongsi dasar dan aspirasi negara yang berkaitan dengan hubungan antarabangsa.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di tanah air pada pukul 5.00 petang tadi)

Media Baharu