fb fb fb fb fb

MTL dijangka bawa hujan lebat berterusan hingga Mac 2025

Ambun Dindang

PUTRAJAYA, 3 Oktober- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan empat hingga enam episod hujan lebat berterusan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada November ini, dan berterusan sehingga Mac 2025.

Bagi Kelantan, Terengganu dan Pahang ia dijangka berlaku antara November hingga Disember.

Manakala hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Johor, Sabah dan Sarawak bermula Disember hingga Januari.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik & Teknikal) METMalaysia Ambun Dindang berkata, hujan berterusan juga mungkin berlaku di negeri-negeri pantai barat.

"MetMalaysia memang kita naik taraf 100 stesen kepada automatik sepenuhnya. Jadi kita akan cuba mendapatkan data di lokasi dengan kadar segera.

"..sebab itu penting bagi MetMalaysia, jadi kita akan tahu keadaan di lokasi. Oleh sebab itu sistem berkenaan perlu dinaik taraf kepada yang lebih baik iaitu secara automatik supaya kita boleh mendapatkan maklumat dengan kadar segera dan boleh dianalisis bagi operasi kami," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara pada penghujung MTL, iaitu dari Februari hingga Mei, beberapa kawasan di utara Semenanjung dijangka mengalami cuaca kering dan kurang hujan.

Ia membabitkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI