fb fb fb fb fb

Industri digital kreatif negara terus berkembang kukuh

Menteri Digital, Gobind Singh Deo/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 Oktober- Industri kreatif digital negara terus berkembang kukuh dengan menempatkan lebih 300 studio kandungan digital dan mencipta lebih 180 harta intelek (IP) asli dalam bidang animasi dan permainan video.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo memaklumkan industri itu telah menjana pendapatan sebanyak RM6.3 bilion pada 2022 dengan eksport berjumlah RM850 juta bagi menyokong lebih 11,000 pekerjaan.

"Kita telah melihat kesan industri ini terhadap ekonomi dan saya rasa unjuran ini melangkah ke hadapan serta menunjukkan betapa pentingnya ia dan berapa banyak industri ini akan menyumbang kepada setiap ekonomi negara dan ekonomi global untuk jangka masa panjang", katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Festival Kandungan Digital Malaysia (MYDCF) Biz Day 2024 di ibu negara.

Festival selama tiga hari itu yang bermula sejak 1 Oktober menampilkan bengkel bermaklumat, mesyuarat perniagaan dan kerjasama antarabangsa, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai hab kreatif digital serantau.

MYDCF juga menghimpunkan pemain utama dalam animasi, permainan digital, XR, metaverse, dan teknologi kreatif.

ROSLINA BINTI DIN