fb fb fb fb fb

MTL: 9,058 PPS seluruh negara sedia diaktifkan

Foto RTM

KUCHING, 1 November - Kesemua 9,058 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara dengan kapasiti 2.18 juta orang sedia diaktifkan pada bila-bila masa bagi menempatkan penduduk terjejas banjir.

Selain itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) turut diperkukuh menerusi sinergi antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pemimpin setempat.

Ini sekali gus dapat mempertingkat kemampuan dan kecekapan ketua-ketua komuniti dalam menghadapi bencana.

"Komunikasi yang berkesan membolehkan bantuan kepada penduduk terjejas bencana dapat dilakukan dengan segera," katanya kepada media selepas Perasmian Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan PPS, di sini hari ini.

Program itu antara langkah pengukuhan kesiapsiagaan menghadapi MTL di negeri berkenaan.

JKM Sarawak juga telah bersedia mengaktifkan 765 PPS di seluruh negeri tersebut dengan kapasiti 200,000 orang.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN