fb fb fb fb fb

Moyang terkejut cucu tikam cicit

Mohd Yusof Sulaiman

PASIR MAS, 2 Mei- Moyang mangsa tikam tidak menyangka bahawa cicitnya ditikam oleh bapanya sendiri dalam satu kejadian di sini hari ini.

Mohd Yusof Sulaiman berkata, ini memandangkan cicitnya amat rapat dengan bapanya berbanding enam adik-beradiknya yang lain.

Katanya, dia terkejut sebaik diberitahu cicitnya yang berusia 11 tahun itu cedera ditikam suspek.

"Sebelum kejadian, saya sempat berbual dengan cucu yang ketika itu baru tiba di rumah saya bersama anaknya.

"Selepas saya keluar dan kembali semula ke rumah, saya melihat beberapa orang anggota polis datang dan menggari suspek," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, siasatan awal mendapati, kejadian itu berpunca daripada krisis rumah tangga yang dihadapi oleh suspek yang kini dalam proses penceraian dengan isterinya untuk kali ketiga.

"Kes perceraian itu dijadualkan disebut pada 13 Mei ini di Mahkamah Syariah Tumpat.

"Suspek dipercayai mempunyai masalah mental dan menerima rawatan psikiatri sejak dari 2008," katanya.

Suspek kini telah ditangkap dan ditahan di Lokap Balai Polis Pasir Mas.

Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Makhamah Majistret Kota Bharu bagi membantu siasatan.

Kes dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan bunuh.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello