fb fb fb fb fb

MOTAC komited kembang industri inap desa rumah panjang di Sarawak

FOTO FAIL

BINTULU, 28 Oktober - Industri pelancongan inap desa rumah panjang di Sarawak akan terus dikembangkan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Sri Tiong King Sing berkata sebagai industri yang berpotensi menjana ekonomi setempat, adalah penting bagi komuniti luar bandar khususnya untuk meneroka potensi dalam bidang tersebut.

Hingga Ogos lalu industri inap desa rumah panjang di negeri itu telah menyumbang sekitar RM1.87 juta kepada ekonomi negara.

Sehubungan itu satu pelan program dan kursus khas akan dirangka berkaitan industri tersebut.

"Mungkin bagi tiga zon di Sarawak untuk usahakan inap desa ini perlu dititikberatkan daripada segi kebersihatan, itu yang mahu," kata Tiong King Sing kepada media selepas Program Kesedaran Pelancongan bersama Komuniti di Rumah Engkabang, di sini.

Setakat Ogos tahun ini negara mencatatkan kemasukan kira-kira 16 juta pelancong asing yang menyumbang kepada RM49 bilion.

Dalam pada itu, beliau yakin dengan keupayaan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Jepak Iskandar Turkee untuk memajukan negeri Sarawak terutama kawasan masyarakat Iban.

TETITIA YUSOFF