fb fb fb fb fb

Konvoi rentasi dua negeri, solidariti terhadap rakyat Palestin

Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat, Muhammad Hamzah Hamdan

IPOH, 28 Oktober- Seramai 40 Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat menyertai konvoi bermotosikal merentasi dua negeri, Perak dan Pahang sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

Ketua Pemuda UMNO Ipoh Barat, Muhammad Hamzah Hamdan berkata, konvoi sejauh 150 kilometer itu bermula di Ipoh menuju ke Cameron Highlands.

Pada program pelepasan konvoi berkenaan, pihaknya turut mengadakan kutipan dana untuk diserahkan kepada wakil Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Palestin.

"Pemuda bersolidariti konvoi motor dengan mengibarkan bendera Palestin di ipoh, Tapah, Cameron highlands dan turun semula di Simpang Pulai.

"Kami akan kibarkan bendera Palestin simbolik kepedulian kami kepada perjuangan mereka (rakyat Palestin)

Pelepasan Kembara Konvoi Palestin dilakukan Ketua Bahagian UMNO Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Abdul Ghaffar di Kampung Tasek, Ipoh.


KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD