JOHOR BAHRU, 29 Februari- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan lebih 5,000 syarikat pemula (startup) yang berkualiti menjelang 2025.
Timbalan Menteri MOSTI Datuk Mohamad Yusof Apdal berkata, sasaran itu mampu dicapai dengan kewujudan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura yang akan terus merancakkan lagi pertumbuhan tersebut.
Ia sekali gus menjadikan negeri tu sebagai gerbang strategik bagi selain melebarkan dan mengukuhkan jaringan mereka serta menjalin kolabrasi dan meningkatkan akses kepada bakat baharu.
"Johor sebagai negeri yang begitu strategik terhadap perkembangan startup di negara kita. Kita melihat kepada keperluan ekosistem yang lebih dapat mendedah kepada startup kita.
"Makanya Johor ini berhampiran dengan Singapura, ia boleh membuka ruang dan peluang, makanya kita mahu ia bermula di Johor," katanya selepas merasmikan Persidangan Mikro MyStart Up Next di sini.
Pencapaian ekonomi Johor juga mendapat pengiktirafan global menerusi Laporan Indeks Ekosistem Permulaan Global Startup Blink dan berada di tangga 404 serta memperoleh tempat dalam kalangan 600 bandar terbaik dunia pada tahun 2023.
Di Asia Tenggara, Johor Bahru berada di tangga ke -13 sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai ekosistem ketiga paling bertenaga di Malaysia.