fb fb fb fb fb

Monsun Timur Laut, KPM kenal pasti sekolah berisiko banjir

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan (dua,kiri) Foto / RTM

KUALA TERENGGANU, 14 November - Sebanyak 883 sekolah diseluruh negara dikenalpasti berisiko dilanda banjir dalam Monsun Timur Laut, MTL kali ini.

Jumlah itu berdasarkan data banjir yang melanda pada tahun 2018 hingga 2024.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan berkata, jumlah itu melibatkan 770 buah sekolah rendah dan 113 sekolah menengah.

Jelas beliau, garis panduan mengenai tindakan sebelum, semasa dan selepas berlaku banjir telah disediakan untuk persediaan pihak sekolah dalam pengurusan bencana banjir di seluruh negara.  

Kesiapsiagaan ini bagi mengurangkan risiko kerugian yang akan dihadapi meliputi nyawa dan harta benda.

"Pada dasarnya KPM telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi apa jua kemungkinan monsoon diseluruh negara, kita dah bersedia sepenuhnya dengan mengaktifkan jawatankuasa sedia ada diperingkat daerah, negeri dan juga kebangsaan.

"Kita bersedia sepenuhnya untuk menghadapi segala kemungkinan termasuk menyediakan sekolah sebagai pps,"Beliau memberitahu perkara ini selepas Majlis Persaraan Peringkat Negeri Terengganu di Kuala Terengganu.

Dalam masa sama Kementerian Pendidikan juga turut menubuhkan Jawatankuasa Task Force Bencana Banjir MTL KPM, khusus bagi tindakan yang perlu dilakukan ketika banjir berlaku.

Trainee