fb fb fb fb fb

Mohamad Sabu ketuai delegasi ke Itali, Hungary perkukuh kerjasama sektor pertanian

KUALA LUMPUR, 2 Julai- Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan mengetuai delegasi bagi lawatan kerja ke Rom, Itali dan Budapest, Hungary bermula hari ini hingga 8 Julai.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi kenyataan media memaklumkan, semasa di Rom, Mohamad akan menghadiri Sidang Pleno Persidangan Food and Agriculture Organization (FAO) ke-43.

"Sidang itu merupakan platform bagi setiap ketua delegasi menyampaikan kenyataan negara bawah agenda Review of the State of Food and Agriculture.

"Tema bagi agenda pada tahun ini ialah "Water resources management for the four betters: better production, better nutrition, better environment and better life, to achieve Agenda 2030 and the Sustainable Development Goals," menurut kenyataan itu.

Menurut KPKM, dalam tempoh FAO, beliau akan mengadakan pertemuan dan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat Menteri Pertanian, Kedaulatan Makanan dan Perhutanan Itali, Francesco Lollobrigida.

"Mesyuarat bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dalam sektor pertanian termasuk kerjasama ekonomi, pelaburan dan teknikal.

"Pertemuan juga akan digunakan sebagai peluang untuk meneroka akses pasaran baharu bagi produk pertanian negara dalam usaha meningkatkan keseimbangan perdagangan hasil pertanian antara kedua-dua negara," katanya.

(Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,
Datuk Seri Mohamad Sabu/Foto fail Bernama)

Kenyataan itu turut memaklumkan, Mohamad akan bertemu Ketua Pengarah FAO, Dr. Qu Dongyu bagi perbincangan berkaitan bidang pertanian dan keterjaminan makanan serta nutrisi global, di samping mengukuhkan kerjasama strategik antara Malaysia dan FAO dalam pelbagai sektor berkaitan pertanian.

Seterusnya, beliau akan ke Budapest pada 6 Julai bagi mesyuarat dua hala dengan Menteri Pertanian Hungary, István Nagy dan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pertanian kedua-dua negara.

"Pemeteraian MoU itu akan mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam bidang pertanian, meningkatkan kemahiran teknikal dan kepakaran pegawai, memudah cara akses pasaran produk pertanian Malaysia ke Hungary serta membolehkan kedua-dua negara merangka program-program kerjasama baharu yang bersesuaian," tambah kenyataan itu.

Mohamad turut dijemput untuk menyampaikan ucaptamadi Majlis Penganugerahan Program Doktor Falsafah di Hungarian University of Agricultureand Life Sciences (MATE).

Media Baharu