fb fb fb fb fb

Modul PLKN 3.0 berbeza, termasuk jalani latihan di kem tentera

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 9 Oktober - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan melalui kaedah latihan berbeza, termasuk memerlukan anak muda menjalani latihan di kem tentera.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kewajaran pelaksanaannya memandangkan PLKN berfungsi dengan baik dalam meneruskan ketatanegaraan khususnya kepada golongan belia.

(Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan)

"Apakah kita akan mengambil konsep seperti Singapura atau Korea? Tidak, mereka ini bukan khidmat negara tetapi kerah tenaga, kita tidak mahu ikut mereka tetapi kita ada cara kita sendiri untuk diubah suai.

"Kita akan gunakan kem tentera, ada 13 Kem Wataniah di seluruh negara..ada satu Kem PULAPOL yang boleh memuatkan 4,000 orang untuk satu tahun. Kami boleh latih 25,000 orang dan tenaga pelatih pun sudah ada, tentera jadi kurang kos," katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh di Dewan Rakyat, di sini.

Tambah Mohamad, satu jawatankuasa khas juga akan ditubuhkan dalam mengkaji pelaksanaan dengan asas modul baharu tersebut.

Media Baharu