(FOTO MARITIM PERAK)
KUALA KURAU, 9 Oktober- Sebanyak 66 unit bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Perak) di kedudukan 2.9 batu nautika barat laut Tanjung Piandang, petang semalam.
Rampasan dilakukan selepas pasukan peronda Maritim mengesan beberapa objek terapung yang mencurigakan di lokasi tersebut.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan Azman Hamid menerusi kenyataan berkata, pemeriksaan lanjut ke atas objek terapung itu menemukan sebanyak 66 unit bubu naga bernilai lebih RM4,000.
Kesemua bubu naga itu kemudian dinaikkan sebelum dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kurau untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.
(FOTO MARITIM PERAK)