PETALING JAYA, 19 Februari- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), menggalakkan pengenalan lebih banyak kenderaan elektrik (EV) mampu milik di Malaysia bagi memajukan industri EV negara.
Timbalan Ketua Setiausaha Industrinya, Datuk Seri Norazman Ayub berkata, terdapat kenderaan EV berharga serendah RM120,000 akan dibawa masuk ke Malaysia pada suku kedua tahun ini.
Daripada segi infrastruktur pengecasan, kerajaan menyasarkan untuk menyediakan sekurang-kurangnya 10,000 unit kemudahan pengecasan awam menjelang 2025.
(Foto hiasan)
Sebelum ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, Malaysia komited untuk menarik pelaburan dalam industri EV dan mencapai sasaran negara dalam menghasilkan kenderaan elektrik, termasuk hibrid, menyumbang 15% daripada jumlah keseluruhan industri menjelang 2030.