fb fb fb fb fb

'Mini LIMA', KUAM'23 sasar kehadiran 45,000 pengunjung

BATU BERENDAM, 18 September- 45,000 pengunjung disasar hadir pada Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023 (KUAM’23) kali ke-8 bermula 29 September hingga 1 Oktober ini.

Exco Pelancongan Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata karnival itu boleh disifatkan sebagai ‘Mini LIMA’ namun dalam skala yang lebih kecil berbanding Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA ’23).

Setakat ini, lima negara mengesahkan penyertaan iaitu Singapura, Jerman, Rusia, Taiwan dan Australia melibatkan 17 juruterbang dan pameran statik 41 buah kapal terbang.

"Kita akan mempamerkan sebanyak 41 pengangkutan udara seperti kapal terbang, helikopter, dron dan sebagainya. Kita juga ada pertunjukan udara, pertunjukan payung terjun dan sebagainya.

Pada masa sama juga, karnival udara ini kita akan masukkan juga pameran-pameran ataupun reruai yang berkenaan dengan udara dan sebagai memastikan kelancaran karnival udara ini untuk kita menjadi penanda aras sempena Tahun Melawat Melaka 2024 nanti," kata Abdul Razak kepada pemberita selepas mengetuai Mesyuarat Penyelarasan Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023 (KUAM’23), di sini.


(Foto Fail)

Pengunjung berpeluang menerokai ruang udara Melaka selama 10 minit menaiki helikopter dengan bayaran RM270 seorang.

Persembahan lain termasuklah lapan pesawat badan beruniform, dua drone, 22 pesawat kecil kelab penerbangan, enam paramotor, sebuah microlight selain persembahan aerobatik dan payung terjun oleh 38 penerjun.

 

Media Baharu