fb fb fb fb fb

Kerjasama Malaysia-China, buka peluang tingkatkan TVET

(Perdana Menteri bersama Perdana Menteri China Li Qiang bersalaman pada Mesyuarat Dua Hala di Rumah Tamu Liyuan/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 18 September- Perjanjian Kerjasama yang dimeterai sempena lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Nanning, memberi impak positif kepada Malaysia dari segi kepakaran dan teknologi.

Remisier Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia, Mohd Shaqil Haziq Mohd Zubil berkata ia juga membuka peluang kepada negara meningkatkan lagi program Kemahiran Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

"Sekiranya kita menjaga antara Malaysia dan China, kita boleh mendapatkan bimbingan daripada TVET ini satu yang bagus, disamping yang dibawa dari China dan ini lagi satu contoh yang bagus kita sebut ekonomi MADANI kita berubah ke EV, transaksi yang kita hendak lihat", katanya dalam sebuah rancangan terbitan RTM.

Tambahnya, keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia semakin meningkat berikutan kestabilan politik yang didukung Kerajaan Perpaduan.

Dasar dan konsep Ekonomi Madani yang diperkenal dilihat bersifat komprehensif dan mempunyai hala tuju yang jelas untuk memperkukuhkan ekonomi.


(Remisier Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia,
Mohd Shaqil Haziq Mohd Zubil)

Media Baharu