fb fb fb fb fb

Minggu Solidariti Palestin: KPM larang unsur ekstremisme, keganasan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 27 Oktober- Kementerian Pendidikan (KPM) melarang sebarang unsur ekstremisme dan keganasan dalam pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin.

Ia susulan tular di media sosial video penganjuran program tersebut di sebuah sekolah yang memaparkan unsur ekstremisme.

KPM menerusi kenyataan menegaskan penganjuran tersebut adalah di luar tempoh waktu pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin dan tidak mengikut panduan ditetapkan KPM.

KPM menggalakkan penganjuran Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya yang dijadualkan berlangsung pada 29 Oktober hingga 3 November.

"Ia bertujuan mendidik murid nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi kemanusiaan, keamanan dan kedamaian sejagat", menurut kenyataan itu.

Justeru, penganjuran melibatkan replika senjata, ikon dan simbol yang mengandungi elemen provokasi serta konfrontasi adalah tidak dibenarkan sama sekali.

ROSLINA BINTI DIN