fb fb fb fb fb

MIEC dibuka kepada orang awam

LANGKAWI, 26 Mei- Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) mula dibuka kepada pelawat awam hari ini, bersempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA'23).

Pameran dibuka hingga esok, dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Orang ramai yang hadir kelihatan sungguh teruja dan mulai membanjiri perkarangan MIEC seawal pukul 8.00 pagi.

Pameran menempatkan reruai dan balai pelbagai agensi dari dalam dan luar negara, melibatkan aset keselamatan serta komersil.

Manakala di landasan terbang atau Tarmac, ia menampilkan pameran statik pelbagai pesawat.

Selain daripada itu, pengunjung turut berpeluang menyaksikan pertunjukan aerobatik jet pejuang yang paling dinantikan.

Sementara itu, segmen maritim telah dibuka kepada orang awam sejak hari pertama penganjuran LIMA'23 iaitu di Resort World Langkawi.

LIMA'23 yang dianggap sebagai terbesar dalam sejarah penganjurannya, berjaya menarik 525 pempamer mewakili 140 syarikat dari seluruh dunia.

(Orang ramai mula memasuki MIEC)

Media Baharu