KUALA LUMPUR, 24 November - Penerbangan MH79 dari Hong Kong ke Kuala Lumpur hari ini telah dilencongkan ke Lapangan Terbang bandar Ho Chi Minh kerana mengalami masalah teknikal semasa penerbangan.
Malaysia Airlines (MAS) dalam yang mengesahkan perkara itu memaklumkan, tindakan itu diputuskan oleh juruterbang atas faktor keselamatan selain memastikan isu tersebut ditangani sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur.
Pada masa sama, tidak menjejaskan keselamatan penumpang dan seluruh anak kapal.
MAS dalam satu kenyataan menyatakan permohonanan maaf atas kesulitan dan gangguan pada rancangan perjalanan penumpang, di samping menegaskan bahawa keselamatan kekal menjadi keutamaan nombor satu kepada syarikat penerbangan berkenaan.
Penerbangan yang membawa 147 penumpang dan tujuh anak kapal itu selamat mendarat di Ho Chi Minh pada pukul 10.40 pagi waktu tempatan.
Penumpang kini sedang diperuntukkan semula kepada syarikat penerbangan alternatif bagi memastikan mereka sampai ke destinasi masing-masing, sementara selebihnya ditempatkan di hotel berhampiran lapangan terbang.