fb fb fb fb fb

Pelancaran pekeliling RKB dan ujikaji peraturan, tingkat kecekapan pentadbiran

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar

KUALA LUMPUR, 24 November - Pelancaran pekeliling Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dan Pekeliling Ujikaji Peraturan, antara reformasi perkhidmatan awam ke arah pentadbiran lebih cekap serta meningkatkan produktiviti.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata ia selain menjadi panduan untuk menguji pendekatan baharu terhadap peraturan sedia ada agar lebih inovatif. 

"Apabila ada dua pekeliling ini nanti akan menjadi panduan kepada semua jabatan agensi kerajaan untuk memperbaharui meneliti segala peraturan proses kerja yang lama, supaya boleh menghasilkan peraturan cara kerja serta garis panduan baharu yg akan memudahkan terutama golongan peniaga, entiti perniagaan dan rakyat," kata Shamsul Azri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan perasmian Konvensyen Nasional Perkhidmatan Awam Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini.

Shamsul Azri turut berharap supaya semua penjawat awam akan terus berusaha meningkatkan kecekapan dan produktiviti dengan memperkukuh nilai dan tatakelola, memperkasa bakat dalam organisasi, menyampaikan perkhidmatan lebih berkesan serta memanfaatkan kerjasama awam dan swasta bagi memacu Malaysia lebih maju, sejahtera, dan berdaya saing.

TETITIA YUSOFF