fb fb fb fb fb

MAIWP agih zakat sebanyak RM78.4 juta di Labuan, setakat Oktober

Foto FB MAIWP Labuan

LABUAN, 24 November- Sebanyak RM78.4 juta bantuan zakat diagih Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Labuan, setakat Oktober tahun ini.

Menurut kenyataan MAIWP, penyaluran dibuat menerusi 38 skim bantuan asnaf di pulau itu.

Perkara itu dijelaskan pada majlis ‘Malam Bersama MAIWP & PPZ’ bersempena Karnival 50 tahun MAIWP peringkat Labuan.

Majlis tersebut dilaksana bagi meraikan penyerahan lebih RM6 juta zakat perniagaan oleh sembilan syarikat berdaftar di Labuan selain penyertaan tertinggi auto-debit bulanan zakat menerusi ‘Kempen Guru Hero Asnaf’ bermula Mei hingga Julai lalu.

Anugerah Sekolah Rendah Terbaik Zakat dihadiah kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Layang-Layangan dan SK Kerupang, sementara kategori Sekolah Menengah disampaikan kepada SMA-MAIWP.

Bagi kategori Sekolah Terbaik Wakaf milik SK Kerupang.

Penerimaan dan penyerahan cek cura disempurnakan Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM