KOTA BHARU, 24 November - Jumlah penduduk terjejas banjir di Kelantan kekal 76 orang setakat pukul 7.00 malam, ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), masing-masing berada di PPS daerah Pasir Mas dan Bachok.
"Penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Gual To’Deh kekal 32 orang daripada tujuh keluarga.
"Manakala, PPS SMK Beris Panchor pula masih menempatkan 44 penduduk terjejas banjir daripada 12 keluarga," menurut Info Bencana JKM.
Dalam pada itu, berdasarkan public info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), satu sungai melepasi tahap amaran iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, dengan bacaan 8.74 meter manakala sungai lain berada pada tahap normal.