fb fb fb fb fb

Mesyuarat Jawatankuasa Perwakilan Tetap ke ASEAN berlangsung menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46

Foto- BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Mei - Mesyuarat Jawatankuasa Perwakilan Tetap ke ASEAN (CPR) berlangsung hari ini menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Mesyuarat peringkat tinggi itu menghimpunkan wakil-wakil tetap ASEAN, Duta Besar Timor-Leste dan Timbalan Setiausaha Agung Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC).

Ia akan diikuti dengan siri mesyuarat persediaan utama sebelum sidang kemuncak rasmi.

Pada sebelah malam, pegawai kanan ASEAN dijadual menghadiri majlis makan malam rasmi di Bukit Damansara.

Sidang Kemuncak ASEAN tahun ini menampilkan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) ke-2 dan ASEAN-GCC-China pertama, mencerminkan kerjasama serantau yang semakin berkembang.

Malaysia akan mempengerusikan sidang kemuncak bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan".

Lebih 1,200 petugas media, termasuk 500 agensi antarabangsa, telah mendaftar untuk membuat liputan sidang kemuncak yang berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini.-BERNAMA

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN