fb fb fb fb fb

Menara telekomunikasi perlu dibina pada paras lebih tinggi, elak risiko ditenggelami banjir



KOTA BHARU, 2 Januari - Menara telekomunikasi baharu pada masa akan datang perlu dibina pada paras lebih tinggi terutama di kawasan berisiko supaya ia tidak di tenggelami banjir.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah itu bagi memastikan kerosakan di kawasan menara dapat dikurangkan, selain memastikan sistem perhubungan telekomunikasi tidak terputus ketika bencana melanda.

Beberapa kaedah pelaksanaan termasuk penggunaan platform akan segera diputuskan.

"Usaha hendaklah dibuat kerana kawasan banjir boleh dikenal pasti, begitu juga rekod sejarah dan situasi topografi, maka pada masa hadapan langkah-langkah untuk meletakkan peralatan perlu dilakukan pada satu paras yang tidak tenggelam", katanya selepas Majlis Penyerahan Kotak Kasih KKMM dan Bantuan Rumah Prihatin di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Padang Kala, di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau telah mengarahkan Jabatan Penerangan dan Jabatan Penyiaran untuk menggubal satu sistem penyampaian maklumat lebih efisien di kawasan berisiko banjir termasuk pemakluman amaran awal.

Mutu dan penyampaian maklumat sedia ada juga perlu di tambah baik sesuai dengan perkembangan semasa khususnya melibatkan penggunaan teknologi terkini.

Media Baharu