fb fb fb fb fb

Menara pemantau pantai APM di Batu Ferringhi tumbang

GEORGE TOWN, 7 Januari - Sebuah menara pemantau pantai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pulau Pinang yang terletak di Batu Ferringhi tumbang, awal pagi tadi

Menurut Timbalan Pengarah APM Negeri, Leftenan Kolonel Zairil Annuar Zulmuji, kejadian berlaku pukul 3.43 pagi dipercayai berpunca daripada hakisan pantai susulan ombak besar yang melanda kawasan tersebut.

"Kejadian ini disebabkan oleh hakisanlah disebabkan ombak besar malam tadi dan menyebabkan ombak itu telah menghakis tapak menara nilah, menyebabkan menara ni tumbanglah," kata beliau.

Zaril Annuar mengesahkan, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Pihaknya menjangkakan hakisan berterusan selama beberapa hari di kawasan tersebut.

APM juga akan mendirikan khemah penyelamat sementara bagi menjamin keselamatan pengunjung

Media Baharu