fb fb fb fb fb

Melakafm anjur Pertandingan Seni Warisan Dondang Sayang

(Penerbit Program Seni Warisan Dondang Sayang Negeri Melaka, Mohd Azizi Shahril Abdul Razak Khalim)

MELAKA, 22 Ogos- Irama Dondang Sayang dipilih sebagai seni warisan yang akan diketengahkan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) untuk jajaran siaran di Melaka.

Menurut Penerbit Program Seni Warisan Dondang Sayang Negeri Melaka, Mohd Azizi Shahril Abdul Razak Khalim, melalui inisiatif ini dapat mencungkil bakat baharu dalam kalangan generasi muda sekaligus memelihara seni warisan yang mendapat pengiktirafan UNESCO itu.

Sesi ujibakat untuk pertandingan Seni Warisan Dondang Sayang Negeri Melaka telah dibuka kepada umum bermula semalam di RTM Melaka, Jalan Taming Sari.

Namun pada mereka yang tidak berkesempatan hadir boleh menghantar rakaman video persembahan secara dalam talian.

“Program pertandingan Dondang Sayang dipilih negeri Melaka kerana kita tahu ia telah diiktiraf oleh pihak UNESCO sebagai satu seni warisan budaya yang perlu kita jaga dan perlu kita kekalkan dan ini lah sebenarnya RTM terutama Melakafm memartabatkan kembali lagu Dondang Sayang ini untuk diketengahkan kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga peminat lagu-lagu warisan” katanya.

Rakaman video boleh dihantar ke whatsapp Melakafm di talian 019-280 1235 atau emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Tarikh tutup penyertaan 3 September 2022.

Syarat-syarat penyertaan boleh layari laman Facebook rasmi Melakafm.

Seramai lapan pasangan akan dipilih untuk saringan separuh akhir yang dijangka akan dilaksana pada September dan empat pasangan akan ke peringkat akhir yang akan bersiaran secara langsung di saluran TV2 pada Oktober depan.

Terdahulu, Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Che Roslan Che Daud memaklumkan, RTM sentiasa komited dalam memartabat seni warisan negara dengan melaksana penyiaran kandungan bersifat pertandingan dan pertunjukkan warisan setiap negeri.


(Sesi ujibakat untuk pertandingan Seni Warisan Dondang Sayang Negeri Melaka)

Media Baharu