fb fb fb fb fb

Melaka terima peruntukan RM2 juta bagi promosi TMM 2024

FOTO RTM

PENGKALAN RAMA, 1 Januari-Melaka menerima tambahan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi mempromosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri Melaka , Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata , peruntukan tambahan tersebut akan digunakan bagi menambah program sempena merancakkan TMM2024.

Katanya , Kementerian Pelancongan , Seni Dan Budaya (MOTAC) sentiasa menyokong kerajaan negeri dalam mempromosikan sektor pelancongan yang tertakluk di bawah kota warisan yang diiktiraf UNESCO yang perlu dijaga dan dipelihara untuk diwariskan kepada generasi yang akan datang.

“Sentiasa memberi sokongan kepada kerajaan negeri di mana tertakluk di bawah kota warisan UNESCO yang diberikan perhatian untuk dijaga dan dipelihara.

"Saya amat menghargai beliau kerana warisan ini perlu dijaga dan diwariskan kepada generasi akan datang.Terima kasih kepada MOTAC yang telah bersungguh- sungguh dengan kerajaan negeri mempromosikan tahun melawat Melaka dan memelihara warisan dunia yang telah diiktiraf oleh UNESCO', katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Majlis Tahun Melawat Melaka 2024 di sini.

Terdahulu , lebih 40,000 pengunjung memeriahkan  pelancaran TMM2024 yang berlokasi di Pengkalan Rama.

Sambutan yang dimulakan dengan perarakan membawa Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Ab Rauf serta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya , Datuk Seri Tiong Ting Sing dengan bot berhias ke pentas utama itu turut dihadiri barisan kepimpinan negeri, jabatan dan agensi.

Sambutan tersebut turut disiarkan secara langsung ke Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China yang mempunyai 58 juta penduduk.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD