fb fb fb fb fb

Melaka terima pelaburan baharu RM958 juta

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh enyempurnakan Majlis Pecah Tanah Kilang FE Green Pet (M) Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Hicom, Pegoh, Alor Gajah/ Foto RTM

GADEK, 19 April -Melaka terus menjadi destinasi pilihan pelaburan antarabangsa apabila menerima pelaburan baharu berjumlah RM948 juta menerusi pembangunan kilang menghasilkan plastik Polietilena Tereftalat (PET).

Kilang yang beroperasi menggunakan bahan kitar semula itu akan dibangunkan di tapak seluas 14.56 hektar di Taman Perindustrian HICOM, Pegoh, Alor Gajah dan dijangka siap menjelang suku kedua 2025.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pelaburan daripada FE Green Pet (M) Sdn Bhd (FMGP) itu bakal mewujudkan sehingga 500 peluang pekerjaan baharu.

"Buat masa sekarang peratus kitar semula di Malaysia hanya 28 sehingga 45 peratus.

"Tetapi dengan terbinanya kilang ini kita dapat mempertingkat lagi dalam pengumpulan bahan kitar semula meningkat sebanyak 76 peratus. Jadi saya mengucapkan terima kasih yang memilih Melaka terima kasih pada MIDA yang memberikan sokongan", katanya demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Kilang FE Green Pet (M) Sdn Bhd di Taman Perindustrian HICOM, Pegoh, di sini semalam (Khamis).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD