fb fb fb fb fb

Melaka pohon RM12 juta bagi penyuraian trafik

Foto Hiasan

MELAKA, 26 Oktober- Sebanyak RM12 juta diperlukan bagi penyuraian trafik di Melaka bagi memberi keselesaan kepada pelancong bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, ia melalui naik taraf jalan-jalan utama ke bandar khasnya di pintu-pintu masuk negeri itu.

Jelasnya, peruntukan ini turut merangkumi pelaksanaan program 'No Right Turn' di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti.

"Jadi jika ada bajet khas diberikan mungkin lebih daripada lima kita akan laksanakan tapi ada sesetengah tempat tu kita tak boleh buat perlu ada bajet khas untuk buat pelebaran jalan, buat 'alevoted lane' jadi kita perlu ada satu bajet khas untuk pelaksanaan 'No Right Turn ni'," katanya.

Beliau berkata demikian selepas bersiaran dalam Segmen 'Apa Khabau YB' di Melakafm.

Ujarnya, pelaksanaan program 'No Right Turn' di dua lokasi setakat ini mendapat respon positif daripada pengguna jalan raya dan berjaya melancarkan trafik di kawasan berkenaan.

Dua lokasi berkenaan adalah di Persimpangan Stadium Hang Jebat di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) dan Persimpangan Kandang-Duyong.

ZEHRA BINTI ZAMBRI