fb fb fb fb fb

Media, KOL berperanan tampilkan Malaysia sebagai destinasi penjagaan kesihatan antarabangsa

Datuk Lukanisman Awang Sauni berucap pada Majlis Media Pelancongan Kesihatan (MTMA) 2023

KUALA LUMPUR, 15 Disember- Sokongan pengamal media dan Pemimpin Pendapat Utama (KOL) berperanan menampilkan Malaysia sebagai destinasi penjagaan kesihatan antarabangsa.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata media dan KOL turut berperanan dalam menyebarluas serta memupuk kesedaran berkaitan tawaran penjagaan kesihatan Malaysia.

"Dengan mengadakan kempen kesedaran awam dan melaksanakan program pendidikan, kita boleh memperkasakan individu untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan membuat keputusan termaklum.

"Menyedari kepentingan ini, Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti pendidikan kesihatan dan promosi sebagai salah satu tonggak strategik utama dalam Kertas Putih Kesihatan yang dilancarkan baru-baru ini,"katanya.

Beliau berucap pada Majlis Media Pelancongan Kesihatan (MTMA) 2023, semalam.

Jelasnya, ia tidak mampu dicapai tanpa komitmen pihak media dan pempengaruh dalam usaha memperkenalkan jenama Penjagaan Kesihatan Malaysia

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE