fb fb fb fb fb

Media berperanan sokong usaha MAIWP, bela kebajikan asnaf

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Media memainkan peranan penting dalam menyokong usaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam membela kebajikan asnaf.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata inisiatif bantuan yang disalurkan perlu disebarkan kepada masyarakat agar mereka lebih sedar mengenai pergerakan agihan wang zakat serta kelayakan golongan memerlukan untuk memohon bantuan.

"Mesej ini takkan sampai kepada masyarakat kebanyakan, apa yang saya nasihat, apa yang kita buat, tidak sampai kalau tanpa bantuan dan sokongan daripada rakan-rakan media sebagai lidah kebenaran untuk menyampaikan kepada rakyat. Hendak membina masyarakat MADANI, jadi dengan contoh-contoh yang ada ini sampai kepada masyarakat dan masyarakat kena ambil iktibar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan pada Program Ziarah Asnaf Pusat Pungutan Zakat dan MAIWP di Ibu Negara.

Pada majlis itu, bantuan diberi kepada tiga keluarga di Projek Perumahan Rakyat Beringin.

Sumbangan berupa Bantuan Kewangan Bulanan RM500 sebulan, Perubatan Am, Keperluan Asas dan Bantuan Persekolahan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN