fb fb fb fb fb

MEDAC sasar tambah 200 koperasi masjid baharu

JOHOR BAHRU, 9 Mac- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyasarkan penambahan 200 koperasi masjid baharu dalam negara pada tahun ini.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, ia sebagai usaha kementerian dalam memberi penekanan mewujud dan memperkasakan koperasi masjid. 

Ujarnya, sebagai mendukung inisiatif tersebut, sebuah surau baharu akan dibina di Bandar Uda Utama, Johor Bahru.

"Kita bawa juga UDA, salah satu agensi, di bawah kementerian ini juga, yang juga telah bersetuju untuk memberikan sumbangan bagi membuat surau baharu di kawasan perumahan ini," katanya pada Majlis Ramah Mesra TEKUN Nasional di Bandar Uda Utama, Johor Bahru.

Dalam pada itu, Noh turut memberitahu, pembukaan sempadan negara akan menjadi pemangkin kepada kebangkitan semula usahawan negara.

Kementeriannya juga sedia membantu para usahawan dalam meningkatkan perniagaan mereka.


(Tan Sri Noh Omar pada pada Majlis Ramah Mesra TEKUN Nasional di Bandar Uda Utama, Johor Bahru)

 

 

 

Media Baharu